Rabu, November 18, 2009

What U Give U get Back !

Benar! Penyataan ini memang benar berlaku pada diriku...
Buat baik dibalas baik... buat jahat pun dibalas jahat jua... :)

Pernah suatu ketika dulu... aku berkenalan dgn seorg Hamba ALLAH ketika mahu berjumpa adikku di asrama... sebaik aku keluar dr asrama... aku terlihat wanita itu sedang menunggu bas untuk ke bas stesen yg terletak agak jauh dr sekolah tersebut.
Kebetulan aku akan melalui bas stesen tersebut dalam perjalanan ke bandar S.Aku memberhentikan keretaku dan mengajak wanita itu mengikutku.Namun wanita itu enggan.
Segera aku keluar dari keretaku dan mengambil beg wanita tersebut dan ku simpan ke dalam keretaku.Hehehe.. aku memaksa rela wanita tersebut menumpangku supaya dia dapat balik KL segera kerana hari pun dah semakin petang...
Kami bertukar cerita sepanjang perjalanan.Tibanya di stesen bas tersebut wanita tersebut meluahkan rasa terima kasihnya dan berdoa agar Tuhan saja yg membalas budi aku terhadapnya."takde apelah akak... saya x buat apa pun... kebetulan satu jalan... " sambil tersenyum aku berdoa agar wanita tabah tersebut selamat tiba ke destinasinya.
Disebabkan aku memang dilahirkan semulajadi degil.. tidak suka menggunakan laluan lebuhraya tetapi menggunakan jalan kampung untuk sampai lebih cepat ke destinasi.Hehehe.
Setibanya di satu jalan yang berbukit bukau,sedang aku menyanyi lagu ruffedge da Bomb untuk menghilangkan rasa ngantukku.Tiba tiba aku dikejutkan dengan bunyi yg luar biasa.
rupa-rupanya tayar keretaku telah meletup.
Gelabah jugak aku kerana jalan tersebut agak sunyi dan aku membawa harta milik kerajaan pada ketika itu.Laptopdan video cam.Takut apa apa terjadi pada barang2 tersebut.Segera aku masukkan semua ke tempat duduk belakang ku dan kukunci keretaku.
Aku mengambil tools untuk menukar tayar sambil berfikir apa yang harus aku buat.Kerana seumur hidupku ... belum pernah aku menukar tayar.
Tiba tiba seorang pemuda berbangsa india memberhentikan motorsikal nya tidak jauh dari keretaku.Lelaki muda itu telah melihatku pada perjalanan perginya... dan melihat aku masih di situ tanpa sesiapa membantu.. maka dia memberhentikan keretanya untuk membantu.Aku pula tiada langsung rasa takut tetapi mengiakan ceritanya.Dia segera membantu aku menukar tayar.Tiba tiba seorang lelaki melayu turut memberhentikan motorsikalnya untuk membantu aku .Tetapi lelaki melayu tersebut hanya memandang tanpa membantu.Sambil menceritakan dia dtg daripada bengkel.Hmm... aku agak pelik apabila dia berkata bengkel masih dibuka sedangkan kejadian tersebut berlaku pada hari ahad dan waktu itu adalah pukul 6 lebih.
Akhirnya tayarku telah pun berganti... hasil ketekunan lelaki india tersebut. Aku menghulurkan duit sebagai tanda ucapan terima kasihku kepada pemuda india tersebut.Namun Pemuda tersebut hanya tersenyum dan berkata "tak payah akak... sy memang niat nak membantu akak."Sambil menolak duit yang kuhulurkan padanya.
Aku hulurkan sekali lagi padanya ... namun begitu juga reaksi pemuda india yang baik hati itu Aku cuma hanya mampu berkata..."Semoga Tuhan yg membalas jasa awk kepada saya hari ini... ".Pemuda india itu hanya tersenyum dan seterusnya berlalu ke keretanya
Sedangkan si lelaki melayu,sebaik sahaja ku hulurkan duit, dia terus menyambutnya.
Aku tiba -tiba terfikir... betapa besarnya Kuasa ALLAH yang MAHA ESA... begitu cepat dia mengabulkan doa wanita tabah tersebut... Maka beringatlah kita... Bila sudah tiba ke penghujung zaman... seperti sekarang adalah amat mudah utk ALLAH mengembalikan perbuatan kita tanpa menunggu pembalasan di alam Barzakh.... Wallahualam... :)

Born To Be Me...