Jumaat, Jun 05, 2009
Isnin, Jun 01, 2009
Mata haTi

Tidak semua yang dinilai buruk di luar buruk di dalam
Selasa, Mei 26, 2009
Sebelum dan SelePas
selalu yg terjadi....
CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG : (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N= nak itu, nak ini.... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI : (sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?
tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
dialog ringkas:
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : " Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : " Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! (hehehe)
(sumber email berantai... apa apapun... POV little missy... cinta adalah makhluk kurniaan ALLAH. Kepada siapa,bila dan di mana cinta itu di temukan.Hanya ALLAH yang maha mengetahui.Wallahualam...)
Jumaat, Mei 22, 2009
Selasa, Mei 19, 2009
Selasa, Mei 12, 2009
Isnin, Mei 11, 2009
Ahad, Mei 10, 2009
Happy Mother's Day
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak (mmm... lom kawen.. xde kaitan)
Bila seronok, aku cari........pasanganku
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku (xde kaitan)
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak (tak jugak)
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku (eh... x kawen lagi... mane boleh pluk laki?dose..)
Bila berduka, aku peluk erat....emakku (mmm...)
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku (xde kaitan)Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak (lom kawen la saya.mana dtg anak?hahaha)
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku (x penah sambut n x teringin pun nak sambut)Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" (eh... kita bagi hadiahla)
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku (xde kaitan) Entah bila.... aku nak talipon mak (hari-hari jumpa mak... x yah tepon... bazir bil tepon je.hahaha)
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku (xde kaitan)
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Miss Daisy...
(Thanx 4 being my best fren for this past 18 years )
Isnin, Mei 04, 2009
Wanita

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
'Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya..' tempat dimana cinta itu ada.'
(Sumbangan My Ummi)
Jodoh keTentuAn ALLAH
Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.
dipetik dari (http://alongwairnazz.wordpress.com)
Born To Be Me...
Untuk Yg di Luar Sana !
Kepada yang masih SINGLE…Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.
Kepada yang PATAH HATI…Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.
Kepada yang ingin MENGUASAI…Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.
Kepada yang takut MENGAKUI…Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.
Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..
(dipetik dari http://www.izoblog.com)
POV Little Missy...
Layak atau tidak layak.Tunggu atau pergi.Penggerak hati kita tetap yg Maha Esa.Jika tidak digerak hati.Tidak DiiZin ALLAH.PastI tidak akan berlaku yg Kita MaHu.SebalikNya Jika ALLAH mahukan ia berlaKu.Pasti berlaku tidAK lewaT baraNG sesaaT.
Jumaat, Mei 01, 2009
Myskill's VerdiCt!
I ended Up gaining no medals during this competition.But I did My besT and I'm proud for being the finalist amongst of 8 .
HappY Labour day!
esp to pencacai macam Saya... hahaha.
Thank God... I have My day Off finally,after I've been working non stop for 18 days straight!PheW!





























