Lalu aku terkenangkan banyak kisah lama...
Membuatkan aku tersenyum sendiri
Apabila menyedari betapa indahnya memori...
Aku terkenangkan Miss Pam yang glamer... suaranya wow! boleh dengar sampai dewan makan agaknya...
Aku terkenangkan kita pernah curi-curi talipon masa prep lalu di kantoi oleh warden ustaz..
Aku terkenangkan Kak Nana yang dulunya aku takut sangat sebab ingatkan dia garang... tapi cool rupanya... suara je kuat hahaha!
Aku terkenangkan korang pernah buat kontroversi sebab lumba lari pakai tights! hahaahh!
Aku terkenangkan kita pernah hampir-hampir kena detention class sebab lambat pergi kelas, lepas tu tipu prefect lewat sebab cari subang hilang... logik ke? hahahah!
Aku terkenangkan betapa bestnya bila turn hari girls outing...
Aku terkenangkan betapa sadisnya terpaksa siapkan homework yang tak sempat siap masa prep kat koridor depan dorm bila light off sebab kita tak sepatutnya stay up hehehe... thanx Kak Katie yang understanding :)
Aku terkenangkan keazaman tegar kita untuk bangun study pukul 3 a.m untuk S.R.P... (hanya tercapai bila dah nak sebulan-dua SRP kahkahkah!)
Aku terkenangkan lauk ikan jeket dengan sayur kangkung masak lunyai giler campur ulat sayur kat dining hall
Aku terkenangkan hampir-hampir kita nak termakan breakfast bihun goreng perisa cicak kat dining hall. Uweekkkk! Mujur bebudak dorm jiran yang terkene... sian diaorang
Aku terkenangkan betapa kelakarnya dormates aku kene kantoi ngan prefect masa diaorang menyorok dalam loker semata-mata nak escape morning drill hahahha!
Aku terkenangkan kali pertama aku tengok wayang adalah dengan geng sekolah aku, citer XX-Ray
Aku terkenangkan betapa bangganya buat performance taekwondo masa hari sukan hehhehe
Aku terkenangkan hari inspection yang selalu membuatkan ketua dorm kita suspen hihihi!
Aku terkenangkan terpaksa sahur pukul 3 a.m setiap kali bulan puasa, pastu kene tunggu semua dorm siap duduk baru boleh makan... Adoi larrr... tido kat meja makan ler.
Aku terkenangkan latihan koir yang sungguh menjerihkan tapi best! Dapat perform depan Raja Nazrin dan Ungu Aziz lagi.
Aku terkenangkan betapa kontroversinya memakai baju koir tu sebab seksi kahkahkah! Belah kainnye tinggi sangat...
Aku terkenangkan nak mandi pun kena book tempat dulu hahahaha! Bukan nak mandi jer, nak basuh kain, nak iron baju bahkan nak masuk toilet pagi-pagi atau petang-petang sekali pun...
Aku terkenangkan hari Selasa adalah hari Q yang paling panjang kat dining hall semata-mata kerana 'ayam goreng day'!
Aku terkenangkan betapa azabnya nak siapkan nota Sejarah!!!!
Aku terkenangkan aku pernah jatuh minat gila babeng kat sorang classmate aku tapi ia tetap menjadi rahsia hati aku hingga sekarang hehehehe!
Aku terkenangkan kuih keras yang sedap kat kantin sekolah
Aku terkenangkan ucapan pengetua yang sungguh membosankan setiap kali morning assembly
Aku terkenangkan pesta maggi dengan kawan-kawan dan senior-senior kat dorm
Aku terkenangkan mencuci toilet atau mencuci longkang beramai-ramai dengan dormates tersayang
Aku terkenangkan warden kat bawah yang menjerit setiap kali air kapur kasut kitaorang terkena motor dia hehehhee...
Aku terkenangkan dorm meeting yang penuh kontroversi dan sensasi...
Aku terkenangkan cikgu sains yang garang giler sampaikan budak laki pun boleh nangis kalau kene penangan dia
Aku terkenangkan kita pernah curi-curi study kat dorm atas yang belum digunakan semata-mata nak mencari ketenangan sebab nak pulun giler untuk SRP
Aku terkenangkan jamuan hari raya setiap tahun yang meriah sebab masing-masing nak tunjuk baju raya yang glamer hahaha... maklumlah, hari tu je yang boleh nak menayang baju kurung. Hari lain pakai baju sekolah memanjang dari pagi sampai malam.
Aku terkenangkan perkara pertama kitaorang belajar ialah SENYUM dan BERI SALAM setiap kali berembung senior. Sampaikan aku rasa macam nak bagi salam je kat semua orang bila keluar kawasan sekolah sebab dah terbiasa ahaks!
Aku terkenangkan malaun mana tah curi buku teks aku pastu pandai pulak sembunyi2 pulangkan balik bila dah nak hujung semester. Kepada malaun tersebut, terima kasih ler kerana menyebabkan aku naik giler mencari buku tu. Poyo...
Aku terkenangkan aku pernah bermusuh ngan satu klik senior ni atas sebab yang memang tak munasabah!
Aku terkenangkan talentime dan performance persatuan Bahasa setiap malam minggu
Aku terkenangkan betapa syoknya tak perlu pergi prep bila blackout
Aku terkenangkan 'Hindustan day' setiap petang Sabtu
Aku terkenangkan bestnya kalau dapat beli tiket tengok video kat bilik TV, macam dapat tiket tengok wayang je hehehe
Aku terkenangkan citer video yang paling sensasi dapat tengok kat sekolah masa tu ialah 'Pretty Woman' dan 'Top Gun'
Aku terkenangkan betapa aku tak paham kenapa ramai sangat yang gilerkan New Kids On The Block (NKOTB) sampaikan bilik TV melimpah ruah masa konsert diaorang ditayangkan hahaha!
Aku terkenangkan aku meraikan kegemilangan Malaysia meraih Piala Thomas julung-julung kalinya beramai-ramai di bilik TV pukul 2-3 pagi. Memang esoknya first time newspaper yang uncle India tu jual sold out! Rashid Sidek lebih glamer daripada artis la time tu ahaks!
Aku terkenangkan budak-budak B11 yang sentiasa sensasi dan kontroversi kahkahkah! You guys rock!! Rindunya kat diaorang...
Aku terkenangkan betapa banyaknya kenangan pahit manis masam masin selama 3 tahun kita bersama...
yang nyata menjadi mimpi...