Rabu, April 08, 2009

Apa Yang Mereka Ini Mahu ?



Semalam kemuncak perang dingin antara kami dengan ‘Mereka’.Telah beberapa minggu mereka berebut tempat dengan kami setiap petang.
Begini situasinya.Kami bermain netball.Kerajaan bayar bagi pihak kami untuk bermain di gelanggang bolajaring itu untuk latihan dan juga tournament nanti .Tetapi lelaki –lelaki yang bermain futsal “kononnya” semenjak kecil ini selalu mengganggu kami ketika bermain .Menggesa agar kami menghabiskan segera permainan kami.
Tiada rasional bagi mereka untuk bermain di atas court tersebut kerana ia dibuat dari simen.Dan terang –terang ia adalah court netball.Tong sampah Majlis Bandaran menjadi mangsa dengan menjadi sasaran mereka untuk mendapat gol.
Yang paling tidak masuk akal.Terdapat 2 gelanggang futsal yang kosong 50 meter dari court bolajaring tersebut.Okla.Maybe mereka tidak mahu membayar.Ada dua lagi option.Satu, padang rumput yang cantik dan kosong sedia menanti untuk mereka bermain “ futsal” disitu 50 meter dari court netball itu.Dua,terdapat ruang bertar kosong cukup luas bersebelahan padang yang sesuai utk mereka bermain “futsal” di situ 20 meter dari court netball itu.
Apa yang mereka ini mahu?




Sengaja aku selaku coach membiarkan mereka menahan geram setiap kali kami lambat menghabiskan permainan.Berminggu-minggu mereka begitu tanpa ada seorang pun yang berani berjumpa denganku.Menegur dgn cara baik dan seterusnya berbincang dengan elok.Pendekatan yang mereka ambil selama ini hanyalah marah –marah dari luar gelanggang dengan keadaan dan rupa samseng jalanan yang ajak bergaduh.Sikit pun tiada rasa hormat terhadap perempuan.



Sebelum ini sengaja mereka menendang bola kepada pemain –pemain netball kami tanpa rasa bersalah dan tanpa ucapan maaf.Sehinggakan ada yang pening kepala hingga 2 hari.
Semalam.Kemuncak segala-galanya.Akibat tak dapat menanggung rasa amarah yang amat sangat sebaik sahaja kami habis bermain jam 7 petang,mereka dengan sengaja menjatuhkan tiang netball kami tanda tidak puas hati .Selaku seorang dara yang sopan ,aku melarang pelajarku untuk bergaduh dengan “mereka” yang amat berbudi bahasa itu.Aku mengarahkan pelajarku untuk mengangkat dan menyimpannya ke tempat selamat.Tetapi pelajarku terlepas kata “ janganla kurang ajar!”




“Korang tu orang berilmu,korang tu yang jangan kurang ajar!” Aku terus melarang pelajarku meneruskan pertikaman lidah.Yang sangat aku pelik… mereka tidak berani langsung berjumpa aku secara untuk one –to –one.Sekadar marah-marah terhadap pelajarku.Mungkin tak sampai hati nak marah-marah aku yang comel ini kot.
Sedang kami membuat warming down, Disebabkan x tertanggung menahan amarah yang beraja di hati mereka, salah seorang dari mereka telah membuat sexsual harassment secara verbal kepada salah seorang pelajarku.Aku menarik nafas panjang dan terus mengajak pelajarku balik ke rumah masing-masing cuba untuk mengelak kejadian tak diingini dari berlaku.Tidakkah mereka dilahirkan dari perut seorang PEREMPUAN?tidakkah mereka mempunyai KAKAK atau ADIK PEREMPUAN?Tidakkah mereka pernah bayangkan ahli keluarga PEREMPUAN mereka juga diganggu sedemikian rupa?APA TINDAKAN MEREKA?




Apa yang mereka ini mahu?


( Ini kisah 20 Mac 2009 -Republished From my fren's blog..hehehe)


Born To Be Me...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda nak komen? Komenlah dengan penuh sopan-santun dan bertatasusila ye seperti masyarakat yang bertamadun...:) Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, terima kasih la ye :D