Jumaat, April 03, 2009

Rasa nak Meletup!!!

Pernahkah korang merasai bagaimana kehilangan anak tersayang? Selama ni aku sekadar memahami je tapi aku tak sure macam mana perasaannya hinggalah malam tadi. Aku masih lagi dapat merasakan ketakutan yang aku tak mampu nak bayangkan selama ini. Dan pertama kali jugalah aku memarahi orang di tempat terbuka seperti semalam memandangkan aku ini jenis orang yang tak suka make scene. Mujur juga mall dah nak tutup jadi tidak ramai yang menyaksikan aku naik minyak semalam. Kalau tak tahu jaga budak, janganlah buat service 'drop n' shop'. Masa convince aku tentang kredibiliti diaorang menjaga budak bukan main lagi macam expert. Harga service mahal boleh tahan tapi jaga budak tak sampai setengah jam, anak aku boleh dibiarkan keluar dengan strangers. Aku macam nak gila menjerit-jerit dalam mall tu mencari anak. Mujur ada orang yang pulangkan anak aku yang dah menangis-nangis. Aku apa lagi, terang-terang aku marah budak-budak kedai tu macam orang hilang akal. Budak-budak tu pulak boleh salahkan anak aku yang ikut parents lain yang datang ambil anak diaorang. Lagi le aku angin satu badan. Tak pernah aku rasa nak marah orang macam tu sekali. Taubat aku tak nak guna service diaorang lagi... dan yang paling menyakitkan hati, sepatah pun aku tak dengar perkataan 'maaf' dari diaorang...







yang nyata menjadi mimpi...

2 ulasan:

  1. bahaya.. bahaya... kena maklum kengkawan ni...
    jgn sampai ade yg terkena daisy...

    BalasPadam
  2. betul tu.. Kalau nak guna servis 'shop n' drop' ni kene tengok jugak security diaorang camane...

    BalasPadam

Anda nak komen? Komenlah dengan penuh sopan-santun dan bertatasusila ye seperti masyarakat yang bertamadun...:) Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, terima kasih la ye :D